Nuffnang

PESAN DI AMBANG FITNAH

 Sebelum engkau melangkah
Dengar pesan ini
Yang dititip dari zaman Sulaiman
Hingga ke penghujung zaman.
Apakah dia yang kau gerun
Sedangkan Allah adalah Pelindung.
Apakah dia yang kau lupa
Sedangkan semua konspirasi dunia dia yang merencana.
Apakah dia yang kau sokong
Sedangkan dia pembinasa rohani dan jatidiri.
Apakah dia yang kau cuba lari
Tanpa kau sedari jajahan takluknya segenap penjuru bumi.
Apakah dia yang kau angkat menjadi raja
Sedangkan tempoh pemerintahannya hanya 40hari saja.
Apakah dia yang kau cuba tentang
Sedangkan ajalnya ditangan Al Masih ibnu Maryam
Tunggulah saat dan ketikanya bila dia menjajah dunia
Kelak baru kau tahu betapa kelam sudah bermula
Hanya penjuru Mekah dan Madinah disekal segala langkah
Kau lelah dalam segala fitnah
Kau lolos dalam kesabaran
Semua teruji bila gendang tarinya berbunyi
Inilah ujian atas iman
Inilah ujian keyakinan
Amat hebat dan menggetarkan
Yang belum pernah dibayangkan
Yang paling dasyat pernah diberitakan
Setiap nabi berpesan waspada jangan kau leka
ketika zaman menghampirinya kita lupa
Ketika dia tampil persiapan sudah tidak berguna
Maka dia muncul ketika kita tidak bersedia
Dia datang  bagai ribut dan taufan
Belum sempat kita memaut anak dan keluarga
Habis semua dibawa pergi
Membawa ke alam illusi fantasi
Habis roboh kota iman
Habis runtuh benteng keyakinan
Yang tinggal hanya nafsu dan tipu daya
Hanya menanti cahaya Al Masih Ibnu Maryam
Dalam diam, tafakur dan zikir
Selamat datang zaman fitnah dan kekacauan
Selamat tinggal kerapuhan iman
Selamatlah kamu semua mengharungi mehnah dan cabaran.

Muhammad Nurani Maarif
Ditulis pada satu hari yang kelam
Ramadhan 1429

*dipetik drpd:Membongkar Misteri Dajjal
*penulis        :Mohd Nurani Maarif

  ~sorrylh sebab dah lama tak tulis entry..maap beribu maap.walaupun cuma copy dari buku je,namun Anmuy rasa nak tulis gak sebab sekarang nie Anmuy tak dak idealah!
Post a Comment