Masyarakat Maya:Satu Lagi Tamadun Yang Membatalkan Idea Evolusi Sejarah
Hampir semua penerbitan evolusionis mempunyai satu persamaan: Semuanya menyediakan ruang yang besar kepada senario khayalan tentang sebab sesetengah struktur biologi atau karekter hidupan yang mungkin telah berubah. Faktor utamanya ialah semua cerita evolusionis digambarkan sebagai fakta saintifik. Namun hakikatnya ialah kesemua dakwaan mereka tidak lebih daripada sekadar cerita dongeng belaka. Evolusionis berusaha untuk menjadikan senario rekaan mereka sebagai bukti saintifik. Tetapi keseluruhan cerita rekaan mereka adalah pembohongan yang langsung tiada nilai saintifik dan tidak akan pernah menyumbang bukti kepada dakwaan evolusionis sendiri.
Some evolutionist scientists claim that the Mayans did not use metal tools. Yet if not, how can we account for the detailed stonework in Mayan ruins? Metal tools would swiftly oxidize and decay in the Yucatán rain forest, with its humid climate. It may well be, therefore, that Mayan metal objects have not survived down to the present. But their surviving stone structures show that it is impossible for such delicate and detailed work to have been produced using only stone tools. Remains of a building in the Ancient Mayan city of Uxmal |
Binaan semula sedemikian menyebabkan provokasi untuk membayang dan membenarkannya. Dengan cara ini, evolusionis berusaha meyakinkan orang ramai bukan kepada asas fakta-fakta yang kukuh, tetapi lebih kepada spekulasi yang fantastik kerana semuanya hanya berdasarkan prejudis dan praandaian mereka sendiri dan bukan berpaut pada fakta-fakta saintifik.
|
Sumber-sumber sejarah ada merujuk kepada badan lampai dalam jubah putih yang datang kepada komuniti yang hidup di wilayah ini. Menurut maklumat yang terkandung pada monumen-monumen, kepercayaan terhadap Keesaan Tuhan tersebar untuk seketika, dan kemajuan dicapai dalam sains dan seni.
Penduduk Maya: Ahli Matematik Yang Pakar
Penduduk Maya menetap di Amerika Tengah sekitar tahun 1,000 BC pada satu jarak yang jauh daripada peradaban maju lain seperti di Mesir, Greek dan Mesopotamia. Ciri penduduk Maya yang paling penting adalah kemajuan saintifik mereka dalam bidang astronomi dan matematik, serta cara penulisan yang kompleks.Bottom left: Temple of Inscriptions, constructed during the reign of ruler Pacal The detailed carving on the stone shows that the Mayans possessed the necessary technology for stonemasonry, which is next to impossible in the absence of tools such as steel files, chisels, and drills. Bottom left: Temple of the Warriors at Chichen Itza Right: Top part of the reconstructed Rosalila Temple |
Kalendar Masyarakat Maya
Haab, kalendar umum yang digunakan oleh penduduk Maya, mengandungi 365 hari, merupakan satu produk hasil kemajuan peradaban mereka. Sebenarnya, mereka sedar bahawa jangka masa setahun adalah lama sedikit berbanding 365 hari; anggaran mereka ialah 365.242036 hari. Dalam kalendar Gregorian yang digunakan sekarang, setahun mempunyai 365.2425 hari. Seperti mana yang dapat dilihat, hanya terdapat perbezaan kecil di antara edua angka - satu lagi bukti kepakaran masyarakat Maya dalam bidang matematik dan astronomi.
The Mayan calendar is almost identical to the 365-day Gregorian calendar used today. The Mayans calculated that a year was slightly longer than 365 days (above). An Aztec calendar stone (left). |
Ilmu Astronomi Penduduk Maya
Astronomical knowledge that can calculate the one day that needs to be subtracted from the orbit of Venus every 6,000 years is an important example of the advanced civilization of the past peoples. |
Sebagai contoh, halaman 11 Dresden Codex mengandungi informasi tentang planet Venus. Penduduk Maya telah mengira tahun Venus yang mempunyai 583.92 hari, dan membundarkannya kepada 584 hari. Sebagai tambahan, mereka juga menghasilkan lukisan kitaran planet itu sejak ribuan tahun. Dua halaman lain pula mengandungi maklumat tentang planet Marikh, empat lagi berkenaan planet Jupiter dan satelitnya, dan lapan halaman tentang bulan, Merkuri dan Saturn, menjelaskan pengiraan sukar tentang orbit-orbit planet di sekeliling matahari, hubungan di antara mereka, dan kaitannya dengan bumi.
Ketepatan ilmu astronomi masyarakat Maya telah membolehkan mereka untuk menentukan bahawa satu hari perlu ditolak dari orbit Venus setiap 6,000 tahun. Bagaimanakah mereka mendapat maklumat sedemikian? Ini masih lagi diperdebat di kalangan ahli astronomi, ahli arkeologi dan ahli kaji sifat fizikal bintang dan planet. Hari ini, pengiraan kompleks sebegitu dibuat dengan bantuan teknologi komputer. Saintis-saintis mempelajari ruang angkasa dari di dalam balai cerap yang dilengkapi dengan segala macam perkakasan elekrik dan teknikal. Namun, masyarakat Maya telah mendapat ilmu mereka 2,000 tahun sebelum teknologi terkini dicipta. Ini sekali lagi menolak dakwaan bahawa masyarakat sentiasa berkembang daripada primitif kepada keadaan lebih maju. Ramai penduduk masa lampau memiliki kemajuan peradaban seperti masyarakat hari ini, bahkan kadang-kala lebih baik. Kebanyakan komuniti hari ini belum lagi mencapai tahap yang dipunyai oleh masyarakat terdahulu. Pendek kata, peradaban kadang-kadang bergerak ke hadapan dan ke belakang pada masa yang lain, serta peradaban maju dan mundur kadang-kala wujud serentak.
The picture from the Mayan civilization above stands on the door to the tomb of Pakal, a Mayan official. The vehicle Pakal is sitting on resembles a kind of motorbike. This may be a powered vehicle used in the Mayan age. |
Rangkaian Jalanan Di Bandar Purba Tikal
Darwinists maintain, despite possessing no scientific evidence, that ancient men were primitive beings living in a primitive manner, and that their intelligence developed over time. Archaeological findings refute this, however. Excavations carried out in the Ancient Mayan city of Tikal, for instance, reveal a marvel of engineering and planning. Aerial photographs show that Mayan cities connected to one another by a wide network of roads. This all shows that advanced civilizations have existed in all periods of history. |
Lima jalan utama dari Tikal menuju ke dalam hutan. Ahli arkeologi menggambarkannya sebagai jalan upacara. Gambaran dari udara mendapati bandar-bandar masyarakat Maya dihubungkan antara satu sama lain melalui rangkaian jalan yang besar yang keseluruhannya mempunyai kepanjangan lebih kurang 300 kilometer (190 batu) dan menunjukkan kejuruteraan yang terperinci. Kesemua jalanan dibuat daripada pecahan batuan dan dilitupi dengan lapisan tebal berwarna cerah. Jalanan ini lurus seolah-olah disusun atur dengan pembaris, dan persoalan penting belum terjawab tentang cara masyarakat Maya menentukan arah semasa pembinaan jalan serta perkakasan dan peralatan yang telah digunakan. Mentaliti evolusionis gagal memberi jawapan yang rasional dan logik. Oleh kerana kita membincangkan tentang keajaiban kejuruteraan yang mempunyai panjang ratusan kilometer, amat jelas sekali bahawa kesemua jalan ini merupakan hasil daripada pengiraan dan tindakan terperinci serta penggunaan bahan dan peralatan yang sesuai.
Roda Bergigi Digunakan Oleh Penduduk Maya
Mayan cogwheels, in Copan |
Gambar di halaman berikut yang dirakam dari bandar utama penduduk Maya di Copen adalah antara buktinya. Masyarakat yang menggunakan teknologi roda bergerigi pastinya memiliki ilmu kejuruteraan mekanikal.
Adalah mustahil untuk seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan ini menghasilkan mekanisme roda gear. Misalannya, jika anda disuruh untuk membuat mekanisme sama seperti yang ditunjukkan gambar tersebut, tentu saja anda tidak mampu menghasilkannya tanpa latihan bersesuaian, apatah lagi untuk memastikan mekanisme itu berfungsi dengan baik.
Kemampuan masyarakat Maya untuk melakukannya merupakan petanda penting yang menunjukkan tahap pengetahuan mereka, dan membuktikan mereka yang hidup di masa lalu tidak 'mundur' seperti mana dakwaan evolusionis.
Contoh-contoh tersebut sehingga kini merupakan sebahagian bukti kemajuan peradaban yang dicapai oleh penduduk zaman lampau. Ini membawa kita kepada satu kebenaran yang amat nyata: Dakwaan evolusionis sejak dulu bahawa masyarakat dulu kala hidup serba ringkas, terkebelakang, kehidupan primitif, ternyata salah. Masyarakat dengan tahap ketamadunan yang berbeza dan berlainan budaya telah wujud dalam semua zaman; namun tiada yang berubah dari yang lainnya. Fakta bahawa beberapa peradaban yang mundur wujud 1,000 tahun lalu tidak bererti sejarah mengalami evolusi, atau masyarakat berkembang daripada primitif kepada tamadun lebih maju. Ini kerana di samping kewujudan komuniti yang mundur, terdapat juga masyarakat yang maju yang membuat perkembangan besar dalam bidang sains dan teknologi serta membina tamadun yang gemilang. Memang benar bahawa interaksi budaya dan peningkatan pengetahuan diperturun kepada setiap generasi baru juga memainkan peranan penting dalam perkembangan masyarakat. Tetapi ini bukan evolusi.
Dalam memetik contoh komuniti yang hidup di masa lalu, Al-Quran memberitahu kita bahawa sebahagian mereka sebenarnya telah membina budaya yang tinggi:
Kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran ini disokong oleh penemuan arkeologi. Apabila jumpaan arkeologi dan tapak petempatan masyarakat lampau dikaji, akan didapati bahawa kebanyakan mereka telah menikmati tahap kehidupan yang lebih baik daripada komuniti moden, dan juga membuat banyak kemajuan dalam bidang teknologi kejuruteraan, astronomi, matematik dan perubatan. Ini sekali lagi membatalkan mitos para penyokong Darwinisme berkaitan evolusi sejarah dan manusia.Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Surah al-Mu'min, ayat 21)Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. (Surah al-Mu'min, ayat 82)Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). (Surah al-Hajj, ayat 45)
Haven't they traveled in the land and seen the final fate of those before them? They were far greater than them in strength. God cannot be withstood in any way, either in the heavens or on Earth. He is All-Knowing, All-Powerful. (Qur'an, 35:44) |
The Still-Unsolved Nazca Lines
The Nazca lines, outside of the Peruvian city of Lima, are one of the discoveries that scientists are unable to explain. These most astonishing lines were first revealed by studies from the air performed by Dr. Paul Kosok, from New York's Long Island University, in 1939. Kilometers long, these lines sometimes resemble an airport's runways, and also depict various birds, monkeys, and spiders. Who constructed these lines in an arid Peruvian desert, why, and how is still a mystery. On the other hand, whoever produced them obviously did not live primitive lives, as some scientists maintain. These lines, which are properly visible only from the air, were produced flawlessly, which is something quite extraordinary that calls for considerable reflection.
|
During the course of history, great advances have been made in all areas, along with enormous scientific and technological progress. But it is irrational and unscientific to describe these changes as "evolution," in the way that materialists do. Thanks to the accumulation of culture and knowledge, there is constant progress in such fields as science and technology. However, just as there is no physical difference between present-day humans and those who lived thousands of years ago, neither do they differ in terms of their intelligence and ability. The idea that 20th-century people possess more advanced civilizations because their brain capacity has grown is an erroneous perspective, a result of evolutionist propaganda. |
Kebuntuan Evolusi Bahasa
There are many races in the world speaking many languages, and every language is highly complex. Evolutionists cannot even imagine how such complexity might have come about gradually. |
Apabila bercakap menggunakan bahasa, kita dapat mengasah pemikiran dan mengungkapnya dengan cara yang boleh difahami oleh pihak yang satu lagi. Walaupun ini memerlukan pergerakan otot tertentu di bibir, kerongkong dan lidah, kita jarang menyedari perkara ini. Kita hanya sekadar 'mahu' bercakap. Bunyi, suku kata dan perkataan terwujud menerusi pengecutan dan pengenduran harmoni lebih kurang 100 otot berbeza, dan ayat-ayat yang difahami terbentuk daripada urutan bersesuaian elemen tatabahasa seperti subjek, objek dan kata ganti nama. Hakikat bahawa kita tidak berbuat apa-apa selain 'keinginan' untuk mengguna kebolehan tersebut, berdasarkan rantaian kompleks sebegitu, jelas menunjukkan bahawa pertuturan bukan sekadar kemampuan yang muncul daripada struktur biologi penting.
Keupayaan manusia untuk bertutur adalah fenomena kompleks yang tidak dapat dijelaskan dari sudut keperluan imaginasi atau mekanisme proses evolusi. Walaupun dengan kajian yang panjang, evolusionis tetap tidak dapat membuktikan bahawa keupayaan kompleks seperti bercakap berkembang dari bunyi ringkas yang seakan bunyi haiwan. David Premack dari Universiti Pennsylvania membuat kegagalan ini lebih jelas apabila berkata, “Bahasa manusia adalah keaiban untuk teori evolusi ...”
Seorang pakar bahasa terkenal, Derek Bickerton, menyimpulkan sebab-sebab 'keaiban' tersebut: Mampukah bahasa datang secara langsung dari beberapa sifat pra-manusia? Tidak. Adakah ia menyerupai bentuk komunikasi haiwan? Tidak ... tiada beruk, walaupun dengan latihan bersungguh-sungguh, sintaks paling asas juga belum mampu diperoleh ... bagaimana perkataan muncul, bagaimana sintaks timbul. Tetapi kesemua masalah ini terdapat di tengah-tengah evolusi bahasa.
Semua bahasa di dunia adalah kompleks, bahkan evolusionis sendiri tidak mampu membayangkan bagaimana kerumitan ini dimiliki secara beransur-ansur. Menurut ahli biologi evolusionis, Richard Dawkins, semua bahasa - termasuk bahasa sukuan yang dianggap paling primitif - adalah amat kompleks: Contoh saya yang paling jelas ialah bahasa. Tiada seorang pun yang tahu bagaimana ia bermula ... Punca semantik juga kabur; tentang kata dan makna masing-masing ... semua ribuan bahasa di dunia amat rumit. Saya bersifat berat sebelah sewaktu memikirkan bahawa ia wujud secara beransur-ansur, tetapi kurang jelas ia berlaku begitu. Sesetengah orang menganggap ia muncul secara tiba-tiba, lebih kurang dicipta oleh satu kepintaran luar biasa di tempat tertentu pada masa tertentu.
Dua orang pengkaji otak aliran evolusionis, W.K. Williams dan J. Wakefield dari Universiti Negeri Arizona, memberi komentar ini: Walaupun tidak mempunyai bukti untuk peringkat peralihan dalam evolusi linguistik, alternatifnya sukar untuk diterima. Jika beberapa karakter spesis tertentu tidak berubah dengan cara beransur-ansur, maka hanya ada dua cara untuk menjelaskan kemunculannya. Sama ada ia telah dicipta oleh satu kuasa yang masih tidak diketahui, mungkin menerusi campur tangan Tuhan, atau ia merupakan hasil perubahan mendadak dalam perkembangan spesis, mungkin seperti mutasi spontan dan berleluasa ... tetapi kebetulan seperti ketidaksengajaan mutasi membuat penjelasan itu kurang dipercayai. Sepertimana yang telah dijelaskan (Pinker and Bloom, 1990), peluang untuk mutasi menghasilkan sistem kompleks yang sesuai dengan peranannya sepertimana bahasa adalah amat meragukan.
Seorang profesor linguistik, Noam Chomsky mengulas kerumitan kebolehan bertutur:
Setakat ini, saya belum mengatakan apa-apa tentang penghasilan bahasa. Ini kerana hanya terdapat sedikit yang boleh diperkatakan. Selain daripada aspek sempadan, ia tetap satu misteri.
Pada sesiapa yang tidak terperangkap dalam pra-andaian evolusionis, punca keupayaan bertutur amat jelas. Kebolehan ini dikurniakan kepada manusia oleh Allah. Allah mengilhamkan pertuturan kepada manusia dan membolehkan mereka bercakap, seperti yang dinyatakan pada satu ayat dalam Al-Quran:Sebagaimana evolusionis gagal menjelaskan kerumitan struktur biologi yang membolehkan upaya bertutur, mereka juga gagal menyatakan punca kesedaran yang memungkinkan adanya bahasa. Kesedaran manusia dan kerumitan bahasa menunjukkan bahawa bahasa dicipta oleh kuasa Allah yang Maha Bijaksana.Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Surah Fussilat, ayat 21)
by:Harun Yahya
No comments:
Post a Comment