Nuffnang

Resepi Makaroni Cheese Goreng

Holla! Semalam buat pertama kalinya Anmuy berbasikal di tepi jalanraya! Selama-lama nie Anmuy hanya berbasikal di kawasan rumah sahaja. Agak nervous sikitlah. Jadi Anmuy nak menggantikan lemak-lemak Anmuy yang dah terbakar semalam tue dengan makan western food yang lemak lebih berlemak ala Asian. dengan ini, Anmuy nak kongsikan satu resepi yang baru Anmuy cuba. kira-kira setengah jam Anmuy memasak tau. Fuh, berpeluh ketiak (yark!)

~>hidangan untuk 4 orang

~bahan-bahan:  ☺2biji bawang merah (dipotong dadu)
                        ☺4ulas bawang putih (ditumbuk)
                        ☺4sudu tomato puree
                        ☺3sudu serbuk masterfood cayenne pepper ground extra hot
                        ☺4sudu krimer sejat FnN
                        ☺5keping keju cheddar (diparut)
                        ☺setengah cawan keju parmesan
                        ☺3biji limau kasturi
                        ☺4ekor udang (dikisar)
                        ☺7genggam makaroni (direbus)
                        ☺secubit garam
                        ☺daun bawang (dipotong)
                        ☺1biji tomato (dipotong 4)
~cara-cara:

1.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.Kemudian masukkan serbuk masterfood cayenne pepper ground, gaul sekata.
2.Tambah sedikit air dan tomato puree.
3.Masukkan udang dan biar seketika.gaul.
4.Masukkan makaroni dan susu cair.sekatakan
5.Letak secubit garam,perah limau kasturi dan keju cheddar.Gaul sehingga keju cair.
6.Taburkan keju parmesan dan sedikit daun bawang.
7.Hidangkan makaroni dan hiaskan dengan tomato yang sudah dipotong.